Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Untuk Melakukan Saringan Kesihatan Di Rumah Serta Maklumat Terkini Covid-19 Di Malaysia

TechnologyDigital
6 Apr 2020 • 2:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang dilaporkan seminggu lalu, aplikasi khas untuk memerangi wabak Covid-19 di Malaysia sedang dibangunkan oleh pihak kerajaan. Dini hari ini aplikasi MySejahtera akhirnya boleh dimuat turun oleh pengguna yang memiliki telefon pintar.

image is not available
Apakah yang boleh dilakukan selepas aplikasi dipasang? Pertama kali ialah pengguna boleh melakukan saringan kesihatan sendiri di rumah dengan menjawab beberapa soalan seperti wujudnya simptom dan pergerakan ke luar negara. Aplikasi kemudian akan menyatakan sama da anda berisiko rendah ataupun tinggi.

Seterusnya aplikasi turut memberikan nombor talian penting Covid-19, menjejak lokasi pengguna, maklumat mengenai tempat melakukan ujian di hospital swasta, fakta-fakta sahih mengenai wabak dan maklumat terkini seperti jumlah pesakit, kematian serta yang telah sembuh di negara,

image is not availablePada waktu ini aplikasi hanya menyokong bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sahaja. Sebelum anda memuat turun aplikasi ini, sila daftar terlebih dahulu menerusi lama MySejahtera di bawah.

Daftar terlebih dahulu menerusi portal MySejahtera

Aplikasi kemudiannya boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah. Hanya satu aplikasi perlu dimuat turun untuk satu isi rumah, pemilik peranti boleh menambah nama ahli keluarga selepas log masuk.

Harus diingatkan nama akaun untuk log masuk ialah nombor telefon yang dimasukkan ketika pendaftaran dengan kod antarabangsa. Ini tidak diterangkan ketika proses pendaftaran.

Muat turun aplikasi MySejahtera dari Google Play Store 

Muat turun aplikasi MySejahtera dari Apple App Store 

Muat turun aplikasi MySejahtera dari Huawei App Gallery