Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

1 Jun 2019 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor bergerak perlahan setakat 10.30 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Slim River menuju Sungkai, Perak.

Aliran trafik juga dilaporkan tinggi dari Tapah menuju ke Gua Tempurung, Perak.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

"Trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak, ke terowong Genting Sempah serta Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved