Redmi K30 Pro Dilancarkan- Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Mampu Milik

TechnologyDigital
24 Mar 2020 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang dijanjikan, Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini dan adalah peranti mercu dengan cip Snapdragon 865 yang dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding peranti lain di pasaran. K30 Pro ialah model kemas kini kepada K20 Pro tahun lalu yang kemudian dipasarkan di Malaysia sebagai Mi 9T Pro

image is not available
Peranti dilengkapi skrin 6.6-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+ dan kadar segar semula 60Hz. Kerana ia ingin dipasarkan sebagai peranti mercu harga mampu, Redmi tidak mengikut trend semasa iaitu menggunakan skrin 90Hz maupun 120Hz .

image is not available Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 5-MP telefoto dan 2-MP makro. Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

image is not availableApa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 4K.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB2999 (~RM1878) sebuah untuk versi 6./128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB. Ini adalah harga yang jauh lebih murah berbanding peranti dengan pemproses yang sama seperti Oppo Find X2 Pro, Galaxy S20+ dan Mi 10 Pro.

View Original Article