Sembilan maut insiden berbalas tembakan di Mexico

24 Oct 2019 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MEXIXO CITY - Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh susulan insiden berbalas tembakan antara dua kumpulan bersenjata di selatan Mexico, lapor pihak berkuasa hari ini.

Difahamkan, beberapa kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam pengedaran dadah beroperasi di kawasan terbabit dan sering berlaku perebutan laluan pengedaran.

Menurut kenyataan pejabat peguam tempatan, insiden berlaku di sebuah lebuh raya di kawasan pedalaman negeri Guerrero semalam.

"Mereka yang terbunuh mempunyai kaitan rapat dengan Zenen Nava Sanchez, ketua kumpulan jenayah Los Rojos," kata kenyataan terbabit sambil menambah siasatan berhubung insiden telah dijalankan.

Menurut laporan media tempatan, perebutan kawasan yang berlarutan antara Los Rojos dan kumpulan pesaingnya menyebabkan kematian lebih 1,000 orang.

Bulan lalu, 15 orang termasuk seorang anggota tentera terbunuh di negeri sama selepas penyerang bersenjata menyerang pasukan keselamatan. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved