Huaeei Watch GT 2e telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini serentak dengan siri P40 dan tablet MatePad Pro. Di Malaysia jam tangan pintar ini akan dijual pada harga RM599 sebuah dengan pratempahan dibuka bermula esok sehingga 10 April 2020.

Perbezaan dapat dilihat pada dua butang fizikal sisi yang kini berbentuk empat segi dan lebih rendah. Rekaan sambungan tali jam juga telah dilakukan dengan lubang berbentuk bulat dan sama seperti jam tangan pintar mesra aktiviti sukan lain di pasaran
Terdapat pengimbas nadi optikal, GPS dan pengesan tahap oksigen dalam darah. Jam tangan ini juga cukup pintar untuk mengesan sehingga 100 aktiviti sukan yang dilakukan pemakai. Tahap kemampuan kalis airnya ialah sehingga 50 meter dan akhir sekali sehingga 500 lagu boleh dimuatkan ke dalam untuk mendengar muzik ketika bersenam.
