Lenovo akan akhirnya melancarkan telefon pintar khusus untuk gaming selepas bertahun mendominasi pasaran komputer riba gaming dunia. Tarikh pelancaran telefon pintar Lenovo Legion ini masih lagi misteri tetapi rekaannya telah tertiris beberapa hari yang lalu lengkap dengan kesemua aksesori yang bakal disertakan.

Beberapa imej acah yang turut telah dikongsi mengesahkan sistem penyejukan yang lain daripada yang lain, penggunaan cip Snapdragon 865 dan sistem pengecasan 55W. Dengan pelancarannya kelak, semakin banyak peranti gaming dengan kemampuan yang menakjubkan bakal dipasarkan tahun ini.

