RUU berkaitan perjawatan PM dibentang

3 Dec 2019 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui pindaan yang dicadangkan ini, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika dia pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen, menurut rang undang-undang itu.

Bacaan kali pertama pindaan rang undang-undang Perlembagaan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

“Saya memohon mengemukakan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2019. Bacaan kali kedua dan ketiga pada hari mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, 2020,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Mengikut rang undang-undang itu, pindaan berkenaan melibatkan cadangan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved