PUTRAJAYA - Kadar inflasi akan meningkat sekiranya kerajaan melaksanakan semula enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sejak GST dimansuhkan Jun tahun lalu, kerajaan berjaya menampung kadar inflasi.
"Sekiranya GST akan kembali pada kadar enam peratus, maka inflasi juga akan meningkat," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu menilai dan mengemukakan bukti kukuh (incontrovertible evidence) untuk mengembalikan semula GST.
"Perlu diingat, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), rakyat menolak GST dan Pakatan Harapan telah melaksanakan manifestonya (mansuh GST) sebagaimana dijanjikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan MOF di sini hari ini.
Beliau mengulas sedemikian selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilapor sedia mengkaji cadangan mengembalikan semula GST jika itu kemahuan rakyat.
AKAN MENYUSUL
