Covid-19: Lagi kematian direkodkan

24 Mar 2020 • 2:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan satu kematian terbaharu akibat koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya berkata, mangsa terbaharu itu merupakan kes ke-1519.

"Lelaki berusia 71 yang berasal dari Melaka disyaki mempunyai kontak dengan kes positif kes ke-703 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac.

"Dia disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, pagi ini," katanya.

Kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 15 kes.

"KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved