Sidang Dewan Rakyat: Speaker akan berhubung dengan PM

Politics
1 Mar 2020 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, pihaknya akan berhubung dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Menurutnya, beliau akan menulis secara rasmi bagi menanyakan mengenai perkara itu hari ini.

"Esok saya akan tulis minta maklumat lanjut bila kita akan bersidang. Saya akan tulis kepada Perdana Menteri sebelum buat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: PH mohon sidang Dewan Rakyat 9 Mac diteruskan

"Tunggulah, saya pun tidak tahu kerana saya tidak memutuskan tarikh sidang Dewan Rakyat," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 dijadualkan bermula 9 Mac ini yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved