Bot nelayan Indonesia ditahan di Pulau Jarak

24 Jun 2019 • 11:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan bersama seorang tekong dan enam awak-awak warga Indonesia, kira-kira 28 batu nautika, dari tenggara Pulau Jarak, di sini, pagi semalam.

Pengarahnya, Kapten Wan Mat Wan Abdullah berkata pihaknya turut merampas 100 kilogram hasil ikan yang berada di dalam bot berkenaan.

Katanya, bot berkenaan dikesan bot ronda Maritim Malaysia, ketika sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Negeri Perak kira-kira jam 8.40 pagi.

“Bot yang tiada nombor pendaftaran itu, ditahan bersama enam orang awak-awak dan seorang tekong ketika sedang menangkap ikan.

“Setelah diperiksa, tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam awak–awak tiada pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Mat berkata, kesemua tekong dan awak-awak berumur 20 hingga 46 tahun itu, disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved