Penyelidik dari Universiti Harvard menyarankan pembatasan sosial dilakukan sehingga 2022 untuk memastikan wabak Covid-19 tidak akan merebak sekali lagi. Tetapi industri penerbangan kini tidak lagi mampu beroperasi sehingga penghujung 2020 sekiranya pembatasan sosial masih dikenakan. Penumpang yang duduk selang satu kerusi mengakibatkan pesawat tidak membawa jumlah penumpang yang optimum. Untuk dunia pasca Covid-19, konsep kerusi penumpang Janus Seat telah direka oleh firma AvioInteriors.


Buat masa ini Janus Seat hanyalah sebuah konsep. Walaupun rekaannya inovatif kami sendiri tidak dapat melihat syarikat penerbangan melakukan pertukaran kerusi kabin untuk pembatasan sosial selama dua tahun. Tambahan lagi pelbagai permukaan plastik dan kerusi perlu dinyahkuman sehingga memerlukan masa yang lama. Ini seterusnya meningkatkan lagi kos operasi.

