Tun M tak elak jika nahas MH17 dibangkitkan

5 Sep 2019 • 5:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

VLADIVOSTOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan mengetepikan perbincangan mengenai nahas MH17 dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada pertemuan mereka lewat Khamis, lapor agensi berita Sputnik.

"Ya, jika perkara itu dibangkitkan, maka sudah tentu," kata Perdana Menteri semasa sesi temu ramah dengan Sputnik

Kedua-dua pemimpin itu akan bertemu sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok, Rusia.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Malaysia akan mengalu-alukan lawatan Putin.

“Sudah pasti kami akan mengalu-alukan kehadiran Presiden Putin jika beliau berhasrat melawat Malaysia.

"Ia akan menjadi penyambung terhadap dialog yang sudah berlangsung antara saya dengan Presiden Putin dalam pelbagai forum lain," kata perdana menteri menjelang pertemuan beliau itu.

Pertemuan empat mata itu bakal berlangsung lewat Khamis. - Bernama


View Original Article