Huawei Hanya Akan Melancarkan Sistem Operasi Tersendiri Sekiranya Dihalang Kekal Menggunakan Android Atau Windows

23 May 2019 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan sistem operasi tersendiri. Terkini, pihak Huawei berkongsi lanjut berkaitan dengannya melalui temuramah bersama CNBC.

CEO Huawei Consumer Business dipetik mengatakan yang mana Huawei masih komited bersama Microsoft Windows dan juga Google Android. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak boleh menggunakannya, maka Huawei akan bersedia dengan pelan B untuk menggunakan sistem operasi tersendiri.

Huawei turut mengatakan yang mana sistem operasi mereka untuk telefon pintar dan komputer riba akan tersedia untuk digunakan di China menjelang penghujung tahun ini. Sementara sekiranya diperlukan, ia akan tersedia pada awal 2020 kelak.

Bercakap lanjut mengenainya, Richard Yu mengatakan mereka tidak ingin melakukannya, tetapi akan dipaksa oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat. Huawei turut mengatakan ia bukan sahaja berita tidak baik untuk Huawei, tetapi juga untuk syarikat di Amerika Syarikat kerana mereka menyokong perniagaan disana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved