Solat hajat serentak di seluruh negara esok

LocalPolitics
26 Mar 2020 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia diseru agar dapat melakukan solat hajat serentak di seluruh negara esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu merupakan titah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, berdasarkan taakulan, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat itu adalah pada hari Jumaat (esok), 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di kediaman dan tempat masing-masing.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya kerana hanya kepada ALLAH SWT jua kita berserah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved