Polis nafi rancang serangan bom oleh Daesh di Bintulu

15 May 2019 • 10:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BINTULU - Mesej tular di media sosial yang mendakwa kumpulan Daesh telah memasuki Sarawak serta merancang membuat serangan bom gereja di Bintulu adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili menyifatkan mesej tular yang bersertakan wajah tiga lelaki yang didakwa anggota kumpulan tersebut dan sedang diburu oleh polis sebagai berita palsu.

"Keadaan keselamatan secara keseluruhannya adalah terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Selain Bintulu, mesej tular tersebut turut mendakwa kumpulan berkenaan sedang merancang untuk melakukan serangan bom di gereja di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini menafikan wujudnya rancangan serangan bom di gereja di Sibu dan berkata ketiga-tiga lelaki dalam mesej tular itu telah ditangkap polis. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved