Apple Memanggil Kembali Sebahagian MacBook Pro 15-inci Dengan Paparan Retina Disebabkan Masalah Bateri

21 Jun 2019 • 8:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengumumkan panggilan kembali untuk komputer riba MacBook Pro dengan paparan Retina bersaiz 15-inci yang dijual bermula pertengahan 2015 lepas, mengatakan komputer riba berkenaan mempunyai masalah bateri yang membawa risiko kemungkinan ia boleh menjadi panas dan terbakar.

Apple mengatakan model yang terliba berkenaan telah dijual antara tempoh September 2015 sehingga Februari 2017 kelak.

Bagi anda yang menggunakan model MacBook Pro 2015, anda boleh membuat semakan ringkas melalui halaman rasmi yang disediakan pihak Apple hari ini. Sekiranya model anda terkesan, pihak Apple akan membuat gantian bateri yang mengambil masa sehingga 2 minggu lamanya.

Semak : Gantian MacBook Pro 2015

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved