ASUS Malaysia Melancarkan Penghala WiFi ZenWiFi Yang Mempunyai Sokongan WiFi 6

TechnologyDigital
20 Nov 2019 • 1:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ialah sebuah syarikat teknologi yang terkenal untuk bukan sahaja komputer desktop, komputer riba dan komponen-komponen mereka, tetapi juga peranti-peranti lain seperti aksesori komputer dan juga penghala WiFi.

image is not available

Hari ini, mereka sudahpun mula menjual penghala WiFi terbaru mereka, yang dinamakan ASUS ZenWiFi. Berbeza dengan banyak penghala WiFi yang lain, ASUS ZenWiFi ini hadir dengan dua peranti, dimana salah satu daripadanya boleh digunakan sebagai pelanjut untuk memastikan keseluruhan kawasan rumah atau pejabat boleh mendapat akses kepada sambungan WiFi yang pantas.

image is not available

ASUS ZenWiFi mempunyai sokongan spektrum 2.4GHz dan 5.0GHz dan juga WiFi 5 (ZenWiFi AX) dan WiFi 6 (ZenWiFi AC), bergantung kepada model yang dibeli.

Dari segi kelajuan, penghala ini mampu menyokong kelajuan WiFi sepantas 3300-6600Mbps dengan liputan untuk rumah yang sebesar 5500 kaki persegi.

image is not available

 

ASUS ZenWiFi kini boleh dibeli di kedai-kedai pengedar ASUS ataupun kedai atas talian Lazada pada harga RM1299 untuk set ASUS ZenWiFi AC (WiFi 5) yang datang dengan dua unit penghala. ASUS ZenWiFi AC sudahpun berada di pasaran, manakala ASUS ZenWiFi AX akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi.

View Original Article