Tiada keperluan henti penerbangan seluruh China: Dr Mahathir

30 Jan 2020 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiada keperluan untuk menghentikan penerbangan daripada seluruh China susulan larangan dikeluarkan oleh Sabah hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji tindakan itu.

"Pada waktu ini, belum ada kajian, kita akan buat kajian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis-majlis Ramah Mesra bersama rakan strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya penerbangan ke Wuhan digantung: Anthony Loke

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Sabah yang memutuskan untuk menggantung kesemua penerbangan dari China berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, pelajar dari China yang belajar di Sarawak tidak dibenarkan masuk ke negeri ini sehingga notis atau pengumuman selanjutnya.

image is not available
kes korona

Menyentuh mengenai usaha membawa pulang 78 rakyat Malaysia di Wiayah Hubei, Dr Mahathir berkata, kerajaan belum mendapat maklumbalas daripada China.

"Kita baru sahaja mula bercakap (berhubung) dengan China," katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan akan penghantar pesawat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu serta menyumbang makanan dan keperluan Wuhan sekiranya diberi kebenaran oleh China.


View Original Article