Maut terbabas dalam parit

11 Jun 2019 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SUNGAI SIPUT - Bahana serangan jantung, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit dalam kemalangan di KM1.5, Jalan Jalong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, Rosly Abidin, 61, yang memandu kereta jenis Proton Wira maut di tempat kejadian.

Menurutnya, sewaktu kejadian berlaku, kereta dipandu mangsa sedang dipotong sebuah kenderaan lain di lorong kanan.

"Mangsa kemudiannya dipercayai mengalami serangan jantung sebelum bertindak melanggar belakang kenderaan terbabit.

"Mangsa seterusnya gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke dalam parit dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat," katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd Khaizam berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, PBK II Suhaimy Ab Samad berkata, pihaknya menerima panggilan awam mengenai kemalangan pada jam 8 pagi.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta terbabas ke bahu jalan sebelum mangsa dibawa keluar dari kenderaan itu oleh anggota bomba.

"Mangsa kemudiannya disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital sebelum diserahkan kami kepada pihak polis untuk tindakan susulan," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved