Penjual Tempatan Memberi Petanda Asus ROG Phone 2 Bakal Memasuki Pasaran Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
10 Aug 2019 • 8:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Asus ROG Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar yang ditujukan kepada para peminat permainan video atau permua. Ia telah dilancarkan pada Julai lepas, dan kini penjual tempatan telah mula memberikan petanda ia akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Salah satu penjual popular, DirectD kini telah mula mengambil daftar minat dikalangan pengguna, mengatakan versi asli tempatan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

image is not available

Asus ROG Phone 2 hadir dengan skrin 6.59-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera 48MP + 13MP, selain kamera swafoto 24-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 6000mAh.

Seperti biasa, sejumlah aksesori turut ditawarkan dalam memastikan pengalaman permainan lebih menarik untuk pengguna.

Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan. Melalui perkongsian penjual berkaitan, mereka memberikan petanda yang mana versi 12GB RAM akan memasuki pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved