Tahun ini Samsung mungkin menggunakan nama Galaxy S20 untuk peranti seterusnya di dalam siri Galaxy S. Hari ini kaca pelindung skrin untuk tiga model yang bakal ditawarkan akhirnya tertiris. Seperti tahun lalu peranti akan mengekalkan saiz bezel yang nipis dengan ruangan pada bahagian atas untuk gagang telinga fizikal.

Ketiga-tiga model turut dipercayai akan dilengkapi sensor 108-Megapixel dengan mekanisme periskop. Selepas dua tahun berada di belakang Huawei, mungkin pada tahun 2020 Samsung akan mampu menghasilkan peranti dengan kemampuan kamera yang menakjubkan.
