Rakyat Sarawak berpeluang saksikan gerhana bulan esok

5 Jun 2020 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUCHING - Rakyat Sarawak berpeluang menyaksikan sendiri gerhana bulan Penumbra yang akan berlaku esok, menurut Jabatan Mufti Negeri Sarawak hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, jabatan itu berkata gerhana bulan Penumbra itu boleh dilihat bermula jam 1.45 pagi dengan kemuncaknya 3.24 pagi dan berakhir pada 5.04 pagi pada magnitud -0.41.

"Fenomena ini berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan bumi.

"Gerhana bulan Penumbra ini berlaku pada fasa bulan penuh dan cahaya bulan menjadi suram akibat daripada cahaya matahari yang terlindung dengan bumi," kata kenyataan itu.

Jabatan Mufti itu memaklumkan, walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak perlu dilaksanakan. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved