Aplikasi Messenger Kids Kini Tersedia Di Malaysia

TechnologyDigital
22 Apr 2020 • 5:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdahulu, Facebook telah memperkenalkan aplikasi “Messenger Kids” iaitu sebuah variasi Facebook Messenger yang direka khusus untuk kanak-kanak. Bertujuan membolehkan mereka kekal berhubung melalui video atau teks dengan mudah bersama keluarga dan rakan – rakan. Ia pertama kali diperkenalkan untuk pasaran AS dan kini penawarannya diperluaskan lagi ke 70 buah negara termasuklah Malaysia.

image is not available

Aplikasi ini dibangunkan bagi mengurangkan risiko ancaman keselamatan terhadap kanak-kanak terutamanya daripada pihak luar yang tidak dikenali. Berbeza dengan variasi biasa, akaun Messenger Kids boleh diaputkan dengan akaun ibu bapa sekaligus membolehkan mereka memantau dengan siapa dan apa topik perbualan yang dibincangkan oleh anak – anak.

image is not available

Aplikasi ini juga didatangkan dengan sejumlah pelekat khas bagi menjadikan panggilan video lebih menarik dan menyeronokkan ketika digunakan. Bagi yang berminat, aplikasi ini kini boleh dimuat turun menerusi App Store dan ia akan tersedia di Google Play tidak lama lagi.

Pautan : Messenger Kids

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved