Sindiket edar heroin tumpas

13 Apr 2020 • 4:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TAIPING - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga lelaki bersama 20.02 kilogram heroin bernilai RM264,000 di dua lokasi berasingan di Jalan Kuala Kangsar-Taiping berhampiran Taman Menteri dan Taman Sri Kota di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, tangkapan pertama dilakukan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Taiping ketika memeriksa dua kereta Toyota Vios dan Proton Wira yang dipandu dua lelaki kira-kira jam 6.30 petang Jumaat lalu.

image is not available
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 20kg heroin daripada tiga suspek.

"Pemeriksaan dalam kereta dipandu lelaki berusia 20-an menjumpai dadah tersebut di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta Toyota Vios itu.

"Siasatan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Kota dan menahan seorang lelaki berusia 20-an sekitar jam 1.20 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini semalam.

image is not available
Polis menyita tiga kereta dimiliki tiga suspek disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.


View Original Article