Antara majlis ilmu dan alam maya, manakah yang utama?

LocalTechnology
9 Jan 2020 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PADA era milenial, masyarakat lebih selesa mengakses apa sahaja yang mereka inginkan menerusi alam maya.

Ini termasuklah capaian ilmu yang kini mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

Pun demikian, menggali ilmu tanpa guru mendatangkan natijah yang tidak elok kerana tiada pembimbing untuk menunjukkan kita jalan yang lurus.

Hanya dengan majlis ilmu, segala 'kepincangan' tersebut boleh diatasi.

Penganjuran majlis-majlis sebegitu bukan sekadar terhad di surau-surau atau masjid, tetapi lebih meluas di tempat lain.

Paling signifikan ialah ilmu yang bakal diperoleh dan dimanfaatkan untuk diri kita serta orang lain.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT menjanjikan ganjaran yang bukan sedikit kepada sesiapa yang menghadiri majlis sebegitu.

Apakah ganjaran berkenaan? Kenapa ilmu begitu signifikan dalam kehidupan manusia?

Semua tanda tanya itu akan dijawab dalam Sinar Islam esok.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved