Samsung Galaxy S20 UItra Menerima Skor DXO Sebanyak 122 – Dibelakang Huawei P40 Pro, Mi 10 Pro, Dan Find X2 Pro

TechnologyDigital
22 Apr 2020 • 9:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DXO Mark hari ini telah menerbitkan skor untuk telefon mercu terbaru Samsung, iaitu Samsung Galaxy S20 Ultra. Daripada skor yang diterbitkan, telefon pintar berkenaan menerima skor sebanyak 122, sekaligus menduduki ditangga ke-7 peranti – dibelakang peranti keluaran Huawei, Honor, Oppo dan juga Xiaomi.

image is not available
Samsung Galaxy S20 Ultra hadir dengan kamera utama 108-megapixel, dilengkapi sensor telefoto 48-megapixel, sensor rakaman ultra-lebar 12-megapixel, sensor TOF 0.3-megapixel, dan menawarkan keupayaan rakaman video 8K.

DXO mengatakan ia menawarkan rakaman gambar dengan penghasilan warna yang cantik, kesan dynamic range yang luas, selain rakaman cantik walaupun menggunakan cahaya Flash. Apa pun, ketika rakaman ditempat cahaya malap, autofokus dikatakan sedikit perlahan, dan mempunyai sedikit kesan artifak pada rakaman zum.

Untuk rakaman video pula, ia dikatakan menawarkan kesan hingar yang sangar rendah – yang mana menghasilkan rakaman sangat cantik dengan warna yang jitu. Telefon pintar ini juga dikatakan menawarkan penstabilan baik ketika rakaman gambar.

Samsung Galaxy S20 Ultra ini menerima skor sebanyak 122 – sekitar 6 mata dibelakang Huawei P40 Pro dengan skor sebanyak 128.

Samsung sendiri telah mengeluarkan beberapa kemaskini untuk kamera peranti mudah-alih sejak ia diperkenalkan. Mungkin kita akan melihat hasil rakaman terus bertambah baik dari hari ke hari.

View Original Article