Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu

30 Nov 2019 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat yang kini dialami di Kelantan dijangka berterusan hingga esok.

Jajahan yang diramalkan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam kenyataan hari ini, menyebut bahawa cuaca buruk itu turut dijangka melanda Rompin, Pahang dan Terengganu iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Isnin ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved