' Ini yang keluarga tunggukan'

27 Sep 2019 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Mohd Asraf Mohd Kassim, 31, berkata, kedua ibu bapa dan keluarganya sudah mengetahui keputusan Mahkamah Koroner.

Dia yang bekerja sendiri menjelaskan mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk perbincangan lanjut.

Mohd Asraf yang ditemani peguam, Syazlin Mansor kelihatan tenang ketika ditemui di luar mahkamah.

Pagi tadi, Mahkamah Koroner memutuskan kematian anggota JBPM Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan berkenaan selepas prosiding perbicaraan selama 41 hari.

Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved