Cip mercu dari Qulacomm yang seterusnya ialah Snapdragon 865. Setakat ini 8848 Titanium M6 5G ialah yang pertama mengesahkan penggunaannya. Qualcomm dipercayai akan melancarkan cip ini pada bulan Disember ketika acara Snapdragon Tech Summit tetapi spesifikasinya telahpun tertiris ke arena web.

Dari segi kemampuan memproses pula, Snapdragon 865 memberikan peningkatan CPU serta GPU sehingga 20%. Spesifikasi lengkap tentang sokongan RAM, storan dan kamera akan diketahui kelak. Bagi pengguna Android kemampuan cip ini amat dinantikan kerana sejak dua tahun kebelakangan ini cip keluaran Apple untuk iPhone adalah jauh di hadapan.
