Tanah runtuh belakang Apartment Dahlia

18 Oct 2019 • 7:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAWANG - Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan berlaku runtuhan tanah di belakang Apartment Dahlia, Jalan Desa Country Homes di sini malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada jam 9.41 malam.

image is not available
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di kawasan lereng belakang Apartment Dahlia yang runtuh malam tadi.

Menurutnya, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Rawang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

"Hasil pemerhatian runtuhan melibatkan kawasan lereng belakang apartment berkeluasan 20X30 kaki persegi dengan ketinggian lereng kira-kira 150 meter.

"Runtuhan tanah itu tidak merosakkan struktur bangunan. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya menerusi satu kenyataan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved