Google Meraikan Hari Lahir Sudirman Dengan Doodle Khas

25 May 2019 • 9:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudirman mungkin antara penyanyi terbaik pernah dihasilkan oleh negara kita dengan kemenangan di peringkat antarabangsa. Kematian beliau pada tahun 1992 kerana penyakit paru-paru berair masih mendatangkan kesan kepada kami. Sekiranya masih hidup, beliau akan menyambut ulang tahun ke-65 hari ini.

image is not available
Sempena hari lahir beliau ini, Google Doodle khas memperingati “Sudir” telah dihasilkan. Pengguna di Malaysia boleh melihat Doodle ini pada laman carian Google hari ini. Selain terkenal sebagai penghibur, anak kelahiran negeri Johor ini turut menjadi penyanyi terawal yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan jenama sendiri dengan melancarkan minuman Sudir. Selamat hari jadi kepada Sudirman Haji Arshad.