Huawei ialah mangsa perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat paling berprofil tinggi. Sejak Mei tahun lalu Huawei telah dimasukkan ke dalam senarai entiti yang menghadkan pengeluar peranti kedua terbesar dunia tahun lalu dari mengakses teknologi dari Amerika Syarikat. Menurut laporan dari Reuters pagi ini, Amerika Syarikat kini ingin menghalang Huawei dari membeli cip dari pengeluar global seperti TSMC.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, A.S menggandakan usaha untuk menghukum Huawei yang sebelum ini dituduh mencuri rahsia teknologi. Minggu lalu Huawei dituduh pula melakukan intipan menerusi peralatan telekomunikasi mereka. Huawei menyangkal dakwaan ini dan meminta A.S menunjukkan bukti.

