Apple Memperkenalkan iPhone 11 Dengan Kamera Sudut Ultra Lebar – Harga Bermula RM2912

TechnologyDigital
11 Sep 2019 • 2:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPhone 11 dilancarkan pagi ini sebagai model pengganti kepada iPhone XR. Ia adalah peranti pertama Apple yang dilengkapi sistem dwi-kamera yang menggabungkan lensa sudut lebar dan lensa sudut ultra lebar. Akhirnya Apple akur dengan permintaan pengguna dan menyertakan fungsi yang diperkenalkan pada peranti Android sejak setahun yang lalu.

image is not available
Apple iPhone 11 dilengkapi skrin 6,1″ LCD Liquid Retina Display dan dijana oleh cip terkini Apple A13 Bionic yang menurut Apple adalah cip pemproses paling berkuasa pernah digunakan pada sebuah telefon pintar. Skrin hanya menyokong timbal balas haptik tanpa sokongan 3D Touch.

image is not availableKamera utama yang kami katakan tadi menggabungkan sensor 12+12 Megapixel f/1.8+f/2.4 dan kamera hadapan juga dipertingkatkan ke 12-Megapixel. Mod malam diperkenalkan pada kamera utama sekali lagi meminjam fungsi yang sebelum ini hanya disokong pada peranti Android. Tidak terhenti di situ, kamera hadapan ini memperkenalkan menyokong rakaman 4K 60FPS dan mod Slofies, mengambil swavideo gerak perlahan,

image is not available

Penambahbaikan pada sistem Face ID membolehkan ia dinyahkunci dengan lebih pantas serta ketika diletakkan rata pada permukaan meja tanpa perlu diangkat seperti model-model terdahulu. Kapasiti bateri seperti biasa tidak dikongsi tetapi Apple menjanjikan hayat penggunaan lebih lama berbanding iPhone XR. Enam warna ditawarkan kali ini iaitu hitam, putih, merah, hijau, kuning, dan ungu. Di Amerika Syarikat Apple iPhone 11 dijual pada harga bermula dari $699 (~RM2912) sebuah.

image is not available

Sedang dikemaskini.