NASA Menawarkan 14,000 Gambar, Video Dan Audio Dari Arkib Mereka Secara Percuma

25 Jun 2019 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda membesar dalam dekad 80an, cita-cita menjadi angkasawan adalah antara yang paling popular. Ini adalah kerana terdapat banyak rancangan yang menunjukkan kehebatan angkasawan serta dekad ini Space Shuttle dilancarkan oleh NASA. Generasi semasa tidak lagi melihat menjadi angkasawan sebagai kerja yang menarik kerana adalah sukar untuk mendapat tempat di dalam kapal angkasa.

Tetapi jika anda seperti kami dan masih bernostalgia, NASA telah menawarkan lebih 14,000 gambar, video dan audio dari arkib mereka secara percuma. Anda boleh melakukan carian pelbagai program angkasa seperti Apollo atau gambar angkasa lepas yang diambil menggunakan Hubble menerusi laman ini.

image is not available

Kesemua gambar boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma asalkan ia bukan untuk tujuan komersial. Dengan akses kepada pelbagai kandungan bersejarah ini, NASA berharap minat dalam bidang angkasa lepas dapat ditimbulkan semula di kalangan generasi semasa.

Layari – Laman arkib imej, video dan audio NASA