Apple Watch Edisi Product (RED) Tertiris – Bakal Dilancarkan Awal 2020

TechnologyDigital
31 Dec 2019 • 9:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple menghasilkan peranti versi Product (RED) bagi mengumpul dana menentang penyakit seperti AIDS. Antara produk awal Product (RED) ialah iPod dan kini ditawarkan pada hampir kesemua produk yang dijual. Bagi mereka yang menggemari jam tangan pintar, Apple Watch mungkin akan dilancarkan seawal awal 2020.

image is not available
Rekaan Apple Watch Product (RED) telah tertiris awal selepas memasuki pangkalan data Apple. Ia ditemui oleh laman Watch Generation semalam. Perbezaan terletak pada tubuh jam yang kini berwarna merah jambu dengan tali jam pula dalam warna merah jambu serta kuning. Secara tradisinya peranti Product (RED) dilancarkan pada bulan Mac. Bagi yang berminat nantikan sahaja pelancarannya dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

View Original Article