OnePlus Dijangka Hadir Kembali Dengan Peranti Mampu-Milik Melalui OnePlus 8 Lite

TechnologyDigital
8 Dec 2019 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus sebelum ini pernah menawarkan sebuah variasi peranti pada harga sedikit rendah, iaitu OnePlus X. Namun, selepas pengenalan versi pertamanya, OnePlus tidak lagi menawarkan peranti dibawah keluarga berkenaan dan hanya sekadar memfokuskan peranti mercu sahaja.

Namun, kini dengan penawaran variasi “Pro”, pihak OnePlus sekali lagi dilihat akan mengembalikan penawaran pada harga sedikit rendah melalui variasi peranti “Lite”.

image is not available

Lanjutan ketirisan gambar OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro sebelum ini, terbaru gambar pengolokkan peranti OnePlus 8 Lite turut hadir ke arena web.

Buat masa ini, spesifikasi penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, ia dilihat akan hadir dengan dwi-kamera belakang, dan berkemungkinan menggunakan variasi cip pemprosesan sedikit rendah berbanding peranti utama mereka.

Sekiranya OnePlus 8 Lite turut hadir dengan sokongan perisian yang baik, tidak mustahil kita melihat ia menjadi antara pilihan peranti utama pengguna seluruh dunia kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti berkenaan pada tahun hadapan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved