Menghayati signifikan Hari Malaysia

Opinion
16 Sep 2019 • 7:24 AM MYT
Malay Mail
Malay Mail

Latest Malaysia breaking stories on politics, analysis and opinions

16 SEPTEMBER — Hari ini, kita menyambut Hari Malaysia.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia ketika itu.

Bersempena dengan hari yang signfikan ini, apakah sumbangan kita sebagai rakyat bagi memastikan Hari Malaysia menjadi lebih bermakna? Ataupun kita sebenarnya tidak acuh tak acuh dan tidak mengendahkan langsung apa yang berlaku di sekeliling kita?

Bagi menguji tahap patriotisme seseorang, barangkali soalan-soalan seperti yang tertera di bawah harus dijawab dengan penuh kejujuran:

Jika jawapan yang diberikan adalah TIDAK atau negatif kepada semua soalan yang dikemukakan, negara berkemungkinan berhadapan dengan satu situasi di mana jati diri dalam kalangan rakyat kian luntur. Jika inilah keadaannya pada tahun atau dekad mendatang, tidak mustahil satu hari nanti, sekiranya berlaku sesuatu krisis nasional, tidak ada kalangan rakyat yang sukarela tampil untuk membantu.

Ingatlah Malaysia adalah Tanah Tumpah Darah kita semua. Di sini kita dilahirkan dan di sini jugalah kita menghembuskan nafas terakhir apabila tiba masa nanti. Jatuh bangun serta kekuatan sesebuah negara tidak hanya terletak pada kekuatan ekonomi semata-mata tetapi juga daripada aspek perpaduan serta keutuhan rakyatnya.

Pada masa yang sama, janganlah sesekali menganggap Hari Malaysia seperti hari-hari kebiasaan yang lain. Ia bukan sekadar cuti umum tetapi satu hari yang signifikan dalam sejarah negara ini.

*Tulisan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.