Aplikasi Samsung Health terpasang pada kesemua peranti Samsung bagi memudahkan proses menjejak pelbagai aspek kesihatan dan juga pola tidur. Ia baru sahaja menerima kemas kini ke versi 6.9.0.055 beberapa hari yang lalu dan akhirnya menyokong ciri menjejak kitaran haid serta tema gelap.

Dengan ciri ini Samsung Health mempunyai fungsi menjejak kesihatan yang setanding dengan Apple Health. Ciri menjejak kitaran haid disokong pada Apple Health sejak pertengahan tahun lalu. Kemas kini Samsung Helath boleh dilakukan menerusi Play Store atau Galaxy App hari ini.
