Vivo NEX 3S 5G Kini Rasmi – Snapdragon 865 Dipadankan Dengan Skrin Air Terjun

TechnologyDigital
11 Mar 2020 • 6:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo NEX 3S 5G dilancarkan semalam dan ia adalah model penambahbaikan  untuk NEX 3 5G yang dilancarkan September tahun lalu. Dari segi rekaan peranti tidak menjalani sebarang perubahan kerana dikitar semula dari model terdahulu, Perubahan hanya dilakukan pada perkakasan dalaman.

image is not available
  Skrin masih lagi 6.89″ SAMOLED  FHD+ yang mempunyai sisi melengkung Waterfall Display. Kali ini peranti menyokong paparan HDR10+ yang merupakan peningkatan berbanding HDR10 sahaja sebelum ini. Cip Snapdragon 865 dipadankan dengan memori sehingga 12GB LPDDR5 dan storan 256GB UFS 3.1. Ini menjadikan peranti lebih pantas berbanding NEX 3 biasa.

image is not availableSpesifikasi kamera masih lagi sama iaitu tri-kamera belakang gabungan 64+ 13 + 13 MP dan selain kamera swafoto pop-naik di hadapan dengan sensor 16-megapixel. Sistem tri-kamera ini menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan juga telefoto.

image is not availableMelengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W Vivo FlashCharge. Di China harga jualan Vivo NEX 3S 5G bermula dari RMB 4998 (~RM3047) sebuah,