Google Calendar Untuk Android Kini Hadir Dengan Tema Berwarna Gelap

21 May 2019 • 8:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google pada saat ini dilihat aktif dalam menawarkan tema berwarna gelap pada aplikasi mereka. Selepas mengemaskini aplikasi Messages, Contacts, dan Calculator, kini tiba giliran aplikasi Google Calendar pula yang menerima tema berwarna gelap.

Pilihan tema berwarna gelap ini mula ditempatkan pada aplikasi Google sebagai persediaan untuk kegunaan Android Q. Pengaktifan fungsi ini dapat menjadikan aplikasi kelihatan lebih mesra untuk penglihatan, lebih-lebih lagi ketika digunakan pada waktu malam.

image is not available

Untuk mengaktifkannya, anda boleh menuju ke halaman Settings > General > dan tekan pada tema. Daripada halaman ini, anda boleh memilih pilihan tema “Dark” untuk menukar paparan Google Calendar menjadi gelap.

Fungsi ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna melalui kemaskini aplikasi Google Calendar terkini. Bagi anda yang belum menerimanya, anda boleh memasang Google Calendar 6.0.36-248508899 secara manual melalui halaman APK Mirror.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved