Unifi Mobile 99 Dengan Data Dan Panggilan Tanpa Had Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Terhad RM59 Sebulan Selama 12 Bulan

TechnologyDigital
6 Nov 2019 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unifi Mobile adalah perkhidmatan mudah-alih daripada Telekom Malaysia yang telah sedia ditawarkan lama. Menariknya, bersempena penghujung tahun ini, kini Telekom Malaysia hadir dengan promosi baru khusus untuk pengguna baru, dimana anda boleh melanggan pakej Unifi Mobile 99 pada harga langganan RM59 sebulan.

Unifi Mobile 99 hadir dengan pelan data tanpa had, panggilan tanpa had dan SMS tanpa had. Ia turut menyertakan data hotspot LTE sebanyak 10GB setiap bulan.

image is not available

Bagi anda yang ingin mendapatkannya dengan kontrak selama 12 bulan, anda boleh melanggannya pada harga RM59 sebulan. Pada harganya, ia boleh dikatakan agak berbaloi untuk dilanggan sekiranya rangkaian Unifi Mobile agak baik dikawasan anda.

Promosi ini disediakan oleh TM untuk pendaftaran baru sehingga 31 Disember 2019 kelak.

Daftar : Unifi Mobile 99