Tidak timbul soal keperluan untuk bertemu Dr Mahathir: Anwar

Politics
27 Feb 2020 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran kabur sama ada akan mempertimbangkan semula atau tidak kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menerima semula jawatan sebagai Pengerusi parti itu hari ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku.

"Kami (PH) berubah dari sehari ke sehari. Malah, tidak timbul soal keperluan untuk bertemu Dr Mahathir bagi membincangkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat PH di Hotel Eastin di sini hari ini.

Hari ini, keputusan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri Interim untuk menerima semula jawatan sebagai Pengerusi Bersatu disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Sementara itu, mengulas sama ada PH secara rasmi sudah berpecah dengan Dr Mahathir, Anwar berkata, pihaknya masih kekal sebagai PH.

"Kami adalah Harapan (Pakatan). Mereka yang meninggalkan parti gabungan ini," katanya.

Mesyuarat PH hari ini berlangsung kira-kira dua jam.

Anwar keluar dari pekarangan hotel kira-kira jam 3.13 petang, manakala Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyusul keluar 15 minit kemudian meninggalkan hotel.

Dalam perkembangan lain, cubaan media mendapatkan respon Wan Azizah berhubung intipati mesyuarat yang diadakan gagal kerana beliau enggan mengulas lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Anwar adakan pertemuan dengan Ahli Parlimen PKR


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved