Produk Jepun Mula Diboikot Pengguna Korea Selatan Akibat Sekatan Perdagangan Yang Dikenakan Tokyo

TechnologyBusiness & Finance
8 Jul 2019 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua minggu lalu Jepun menghalang pengeksportan tiga bahan kimia ke Korea Selatan yang amat diperlukan untuk penghasilan pelbagai komponen peranti elektronik. Sekatan dikenakan Tokyo sebagai bantahan kepada keputusan mahkamah Korea Selatan yang memutuskan Jepun gagal memberikan pampasan kepada warga negara mereka yang menjadi buruh paksa ketika Perang Dunia kedua.

image is not available
Akibat dari halangan ini, pengeluaran skrin peranti, pemproses dan cip memori di Korea Selatan akan terjejas terus. Pengguna Korea Selatan kini mengadakan kempen memboikot barangan buatan Jepun sebagai balasan. Uniqlo, MUJI, Shiseido, Asahi,dan Kirin adalah antara 100 syarikat Jepun yang kini diboikot oleh pengguna di Korea Selatan.

Tiga bahan kimia yang disekat keluar dari Jepun ialah poliamida berfluorin, resist dan hidrogen fluorida. Ketiga-ketiganya diperlukan untuk proses menghasilkan skrin telefon, skrin TV, memateri PCB dan goresan semikonduktor.

Jepun mengawal 90% penghasilan poliamida berfluorin dan 70% pasaran resist dunia. Tanpa kedua-dua bahan kimia ini, impak ke atas syarikat yang menghasilkan pemproses dan skrin seperti Samsung adalah tinggi.