Pemandu lori ditahan mencarut kepada polis trafik

9 May 2020 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KANGAR - Seorang pemandu lori ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis trafik ketika disaman akibat melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kangar - Padang Besar berhampiran Kampung Salang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 37 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu melakukan kesalahan tersebut kira-kira 12.20 tengah hari.

“Pemandu tersebut mengeluarkan kata kesat dan mengulanginya sebanyak dua kali kepada anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

"Kejadian tersebut turut didengari oleh seorang lagi anggota polis trafik yang bertugas ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek bertindak beredar setelah saman dikeluarkan dan kemudiannya ditahan di Kilometer 5, Jalan Kangar-Padang Besar dan dibawa ke Balai Polis Beseri untuk siasatan lanjut.

Wari berkata,suspek direman selama satu hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved