Derita pakai nat di jari

25 Jun 2019 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 4 tahun terpaksa menahan sakit apabila 'cincin logam' yang dipakai pada jari manisnya tersekat dan membengkak, hari ini.

Mangsa, Arrayyan Rizqi Mohd Hasmarullah dari Kampung Pangkalan Nangka di sini dikatakan memakai nat itu dijari kirinya itu sejak jam 7 pagi lagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat selepas mengadu sakit dan 'cincin' tersebut tidak dapat ditanggalkan.

"Pihak hospital terpaksa meminta bantuan bomba pada jam 1.45 tengahari untuk mengeluarkan 'cincin' tersebut.

"Kanak-kanak ini terpaksa dibius untuk mengeluarkan 'cincin' yang ketat serta jarinya membengkak.

"Seramai empat anggota bomba bertungkus lumus menggunakan alat pemotong cincin sehingga ia berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit," katanya.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di Hospital Tumpat.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved