Pada penghujung tahun lalu model kereta terbang tempatan diperlihatkan ketika acara LIMA 2018. Reaksi dari orang ramai agak bercampur-campur dengan ada yang mengatakan ia kelihatan seperti kenderaan permainan. Tetapi kita kini mengetahui bahawa kereta terbang buatan tempatan ini akan melakukan penerbangan ujian pertamanya pada tahun ini.

Pemilihan Cyberjaya sebagai lapangan ujian teknologi terkini bukanlah perkara baru. Sejak dari awal penubuhan bandar pintar ini teknologi selular terkini, sistem lampu isyarat jalan pintar, bandar pintar dan sistem pengawasan litar kamera tertutup menyeluruh juga telah diuji di Cyberjaya.
