Facebook Kini Menghantar Notifikasi Dan Emel Apabila Anda Log Masuk Di Aplikasi Pihak Ketiga

TechnologyDigital
15 Jan 2020 • 8:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Penggunaan akaun dan profil Facebook untuk log masuk ke perkhidmatan dan aplikasi pihak lain bukan sesuatu yang baru. Pelbagai perkhidmatan menggunakannya dalam memudahkan urusan pengguna.

Kini, dalam mengelak penyalah-gunaan, dan memberikan lebih banyak info kepada pengguna berkaitan penggunaan akaun dan profil mereka, Facebook telah mengubah beberapa polisi.

Salah satunya, bermula hari ini, Facebook akan mula menghantar notifikasi dan emel kepada pengguna apabila mereka menggunakan Facebook Login untuk aplikasi pihak ketiga. Ini sekaligus memastikan akaun anda sentiasa selamat daripada digunakan oleh pihak lain.

Dengan langkah ini, Facebook menyasarkan akaun pengguna lebih terjamin, dan pada masa yang sama mengelak ia menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved