SanDisk Telah Mula Menawarkan Kad MikroSD Sebesar 1TB – Dijual Pada Harga Sekitar RM1877

16 May 2019 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak SanDisk telah sedia memperlihatkan kad mikroSD dengan kapasiti 1TB di acara MWC 2019 pada bulan Mac lalu. Berita baik bagi anda yang ingin mendapatkannya, kad ini telah pun mula ditawarkan untuk pasaran pengguna.

Jualan kad ini telah diperlihatkan melalui halaman rasmi SanDisk, yang mana baru sahaja diletakkan pada awal pagi tadi. Ia dijual pada harga $449.99 USD (~RM1877) dan menariknya, ia sudah boleh dibeli oleh pengguna.

image is not available

Kad ini membawakan piawaian UHS Speed Class 3 (U3) dalam membolehkannya membuat pembacaan dan penulisan data pada kelajuan mencapai 90MB/saat. Ia juga hadir dengan piawaian A2 untuk pembacaan aplikasi Android yang lebih pantas.

Walau bagaimanapun, penghantaran kad ini hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Namun dengan bermulanya penjualan kad 1TB ini, ia dijangka akan diperluaskan ke banyak negara yang lain apabila ia menerima permintaan yang tinggi daripada pengguna.