PRK Tanjung Piai: PH mesyuarat dalam masa terdekat

PoliticsBusiness & Finance
23 Sep 2019 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SERDANG - Pakatan Harapan (PH) dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik awal pagi Sabtu lalu.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat itu akan dilakukan sebaik sahaja menerima notis daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita sedih dengan pemergian Allahyarham dan PH akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi," katanya.

Dr Farid, 43, yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian, Johor, jam 6 pagi Sabtu lalu.

Allahyarham bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan menewaskan penyandangnya, Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA dengan memperolehi 21,255 undi dan majoriti 542 undi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved